Dimana arah aku? Sinopsis

Jikalau dulu Putri Ain Natasha berkata yang manusia tanpa mahkota adalah perempuan yang sungguh murah kerana terlalu memberi, maka kini inilah balasan dia.

Disebabkan perbuatan seorang lelaki bernama Tengku Raiqal, habis semua lelaki dimuka bumi ini dibenci oleh Putri Ain Natasha. Melainkan ayah dan abangnya.

“Kau dengar sini, buka telinga kau luas luas Raiqal! Mati hidup balik aku tidak akan atau tidak sama sekali akan kahwin dengan kau! Sematkan ayat-ayat ini dalam kepala otak kau Raiqal. Tidak akan dan tidak sama sekali!”

Itulah ayat yang dihamburkan oleh Putri Ain Natasha kepada Tengku Raiqal. Perbuatan yang membuatkan Putri Ain Natasha makin membenci kaum lelaki bila datang ‘suatu masa’ itu. Argh! Sungguh dia tertekan akan kehidupan yang dia lalui. Kehidupan yang dia harus hadapi. Tidak habis-habis lagikah permainan yang akan dipermainkan oleh Tengku Raiqal?

Tetapi lain pula bagi Tengku Raiqal. Baginya, Putri Ain Natasha adalah perempuan yang pertama yang berjaya membuatkan dia berada di awan yang cantik terhias.

Tetapi mampukah Tengku Raiqal menahan akan kata-kata yang cukup pedas oleh Putri Ain Natasha? Tipu jikalau Tengku Raiqal berkata bahawa dia tidak kisah, jauh di dalam hati dia berasa kecil hati dan makin lama parutnya membesar.

“Jikalau itu yang Putri nak, akan Qal turutkan. Bila sahaja kaki ini melangkah keluar dan berjalan menuju ke arah dunia yang lain. Jangan pernah sesekali Putri tahankan langkah Qal. Sebab waktu itu ialah waktu dimana Qal berputus asa dengan Putri.”


Bila dua-dua penuh dengan sifat ego. Siapa yang akan jatuh menjunam? Siapa yang akan melutut siapa? Siapa juga yang akan meluahkan rasa rindu antara satu sama lain?