NOVEL: Dimana Arah Aku? Bab 1

Kring!!

Putri Ain Natasha terus mencampak jam loceng ke dinding, entah masih bernyawa atau tidak. Disebabkan bunyi jam loceng yang bising tadi  masing teringat-ingat di dalam kepalanya, dia tidak dapat menyambung tidur semula. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bangun. 

Dengan malas Putri Ain Natasha bangkit dari tempat tidurnya. Mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis dibiarkan sahaja. Hidup harus diteruskan. Itu nekad Putri Ain Natasha dalam hatinya.

Dengan langkah perlahan dia menuju ke arah pintu bilik air di dalam biliknya. Mewah? Ya serba mewah. Tetapi kebahagian jauh dari tanggapan Putri Ain Natasha. Sebak? Sedih? Pedih? Dan menangis sudah sebati dalam dirinya daripada dulu hingga kini. Kedengaran keluh yang kuat. 

Setelah 30 minit bersiap, Putri Ain Natasha turun ke ruang tamu untuk menjamu selera. Tetapi dia matikan sahaja niatnya kerana kedengaran ada dua makhluk Allah sedang berbicara dengan kuat. Eh bukan, sedang berbicara tetapi bergaduh. 
------------

"Morning Mia!" sahabat baiknya yang sedang bersarapan itu ditegur. Jikalau rumah Putri Ain Natasha tidak aman, dia pasti berpindah ke rumah sebelahnya. Rumah sahabatnya, Mia Mairisya. Siapa sangka sahabat dari kecil hingga sekarang masih berjiran? Dulu mereka berjiran ketika di Melaka, sekarang di Kuala Lumpur pula. Takdir kan?

"Apasal? Rumah tak aman?" mungkin bagi yang lain, soalan itu adalah soalan yang pedih dan menusuk kalbu. Tetapi tidak pula bagi Putri Ain Natasha.

"Macam biasa la bro." jawab Putri Ain Natasha sambil menjamah roti yang sebenarnya untuk si Mia Mairisya tetapi dia yang menjamahnya. Biasa la, kata kawan baik?

Jika mungkin orang lain inginkan kawan baik yang datang menepuk belakang kawan baiknya ketika di situasi Putri Ain Natasha, tetapi lain baginya. Putri Ain Natasha tidak suka akan sikap prihatin orang lain. Bukan apa, cuma dia merasa seperti dia sedang mengemis rasa simpati dari orang. Dia tidak suka bersikap begitu.

"Bukan semalam dah ok ke mereka?" tanya Mia Mairisya pelik.

"Eleh macam la kau taktahu dunia aku. Buat-buat macam tak kenal aku nampak. Berapa tahun dah hidup sama? Dah 24 tahun babe. 24 ok." Kata si Putri Ain Natasha pula.

Ya, mereka kenal dari lahir hingga la sekarang. Kenapa? Kerana si mama Putri Ain Natasha dan mama si Mia Mairisya ini adalah kawan baik dari zaman sekolah. Kini mereka berdua pula yang berkawan baik. Kira pepatah orang kata 'kemana hendak dituang jikalau bukan ke nasi' rasa pelik pula pepatah aku ni. Gumam si Putri Ain Natasha seorang diri.

"Babe, nak balik rumah sewa tak esok? Aku bosan la duduk rumah sini." rungut si Putri Ain Natasha lagi.

"Aku pun bosan juga, esok pagi kita bertolak ya?" pujuk si Mia Mairisya.

"Ok babe! Jom pergi 'cuci mata'"

"Kau gila cuci mata awal pagi macam ni?"

"Cuci mata sambil buat kerja sihat. Jom jogging." kaki Putri Ain Natasha terus terarah ke rumahnya kembali, tetapi belum sempat dia nak buka kasut terus Mia Mairisya melontarkan vokal suara yang begitu merdu.

"Kau nak pergi mana? Kata jogging?" tanya Mia Mairisya dari jauh.

"Tak usah nak jerit-jerit, aku dengar la. Aku nak tukar baju even kita ini nak keluar jogging mestilah terserlah gitu." Dengan gaya gedik Putri Ain Natasha melangkah masuk ke dalam rumah.

Sedangkan Mia Mairisya mulut sudah dijuih-juihkan. Menyampah betul dengar cara si Putri Ain Natasha bercakap, rasa nak cekik sahaja.

Akhirnya dengan malasnya Mia Mairisya berjalan masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian yang lebih sesuai.

Semoga kau tabah dengan hidup kau sahabatku, Putri Ain Natasha. Aku tahu kau sengaja bercakap begitu untuk tenangkan diri sendiri. Semoga kau tabah, semoga kau tabah. Bisik hati kecil Mia Mairisya.