NOVEL: Dimana Arah Aku? Bab 2

"HOI cepat la! Baru 3 pusingan dah mengelabah cari kerusi. Ah! Cepat bangun!" suara vokal yang dilontarkan oleh Mia Mairisya sungguh merdu sampai tertarik pengunjung yang lain. Putri Ain Natasha mendengus kasar. Kacau line!

"Kejap la Cik kak oi...Nak rehat kejap." rungut Putri Ain Natasha sambil melangkah perlahan ke arah kerusi yang terletak megah disitu. Cepat-cepat dia melangkah ke kerusi yang kosong itu.

"Patut la lemak berlambak, baru 3 pusingan dah penat cari kerusi. Entah hape-hape, lain kali jangan ajak aku dah jogging, menyampah aku jogging dengan kau. Menyampah you know?" rungut si Mia Mairisya sambil melabuhkan punggung di tepi tempat duduk Putri Ain Natasha.

"Aku penat. Aku nak cari ketenangan, so shut up please? Aku nak rehat kejap sahaja." perlahan suara Putri Ain Natasha menuturkan ayat-ayat tersebut.

"Kadang-kadang dunia ni Put, kau kena juga minta pendapat orang, kau kena juga dengar nasihat orang. Ini bukan masalah tentang minta simpati atau apa, ini tentang kemanusian. Kau faham apa aku cakap?" 

"Aku...entah la, aku jadi malas dengan dunia aku. Dunia aku dari dulu sampai sekarang kejap berbaik kejap bergaduh. Lepastu mula la adegan nak jerit satu rumah. Tak faham aku. Aku nak juga rasa tenang dalam sebulan tanpa gangguan, nak juga rasa tenang tanpa rasa stress. Dah la usah dibicarakan lagi tentang hal ini. Jom sambung jogging." terus Putri Ain Natasha melangkah jauh dari pandangan Mia Mairisya.

Kedengaran keluhan yang kecil dari mulut kecil Mia Mairisya, susah jadi kau kan Put? Tabah la kau sahabatku, aku selalu ada dengan kau.





"KAU cakap apa!?" kuat kedengaran suara si ibu Tengku Raiqal. Aduh bernanah telinga

"Qal cuma keluar malam sahaja. Apa yang salah? Qal lelaki la bu." Senang sungguh cara Tengku Raiqal berbicara, si ibu sudah mula berasap.

"Hamboi hamboi hamboi senangnya kamu bercakap, apa kamu ingat kamu lelaki sesuka hati kamu keluar malam? Haih pening la ibu dengan kamu ni Qal. Kalau la arwah ayah kamu masih ada...." Tiba-tiba suara si ibu Tengku Raiqal, Puan Sri Hasya berubah sedih. Sebak sungguh hati dia kala ini.

"Ibu..sudah sudah la tu, dah 3 tahun ayah tinggalkan kita. Qal kan ada." Tengku Raiqal bernada perlahan cuba untuk memujuk ibu yang sedang bersedih. 

"Ibu naik atas dulu." terus langkah si ibu jauh dari pandangan Tengku Raiqal. Tiba-tiba rasa sebak menguasi diri.



MUZIK di kelab kedengaran kuat sungguh. Itu la Putri Ain Natasha, bukan dia pergi untuk mabuk atau apa, dia cuma menari untuk hilangkan rasa stressnya.

Sedang asyik melayan Skyjuice di depan matanya, tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang. Cepat sahaja dia toleh ke belakang. Siapa lelaki ini?

"Ya?" tanya Putri Ain Natasha dengan muka pelik.

"Kau pun sama eh dengan perempuan-perempuan lain yang kejar harta orang lain?" tanya si mabuk itu. 

Biasa la bila sudah mabuk, apa sahaja yang keluar dari mulut si mabuk pasti tidak masuk akal.

"Hah?" Dengan pelik Putri Ain Natasha bertanya. 

"Layan I. I kasi you RM500 satu jam." kata si mabuk itu. 

Hamboi!

"Layan? Layan bercakap boleh la." kata si Putri Ain Natasha dengan nada bosan. 

"Hah ye la layan I bercakap sahaja." kata si mabuk itu lagi. 

"Yeah so?" tanya Putri Ain Natasha.

"Perempuan semua sama tidak habis-habis dengan duit, harta..." Belum sempat si mabuk meneruskan kata-katanya, Putri Ain Natasha menyampuk.

"Habis? Takkan nak berkahwin sebab cinta? Boleh tu boleh, cuma agak la sikit. Takkan orang yang diri sendiri tak terjaga ada hati nak jaga anak dara orang lain. I mean bukan dara. Tak ramai yang dah dara sekarang." Lancangnya mulut Putri Ain Natasha berbicara. 

Dia merasa bahawa perempuan yang tidak menjaga mahkota adalah perempuan yang cukup bodoh. Senang-senang badan dikasi lelaki yang haram.

"Are you one f them?" tanya si mabuk dengan senyuman sinis. Tergamam sekajap Putri Ain Natasha, tetapi cepat sahaja dia membalas.

"I'm not that stupid." Wah! Dengan senyuman sinis juga Putri Ain Natasha berbicara.

"Boleh tolong papah I sampai kereta? I pening sikit ni." kata si mabuk. 

"Ok. Doublekan duit I." kening Putri Ain Natasha sudah terangkat-angkat.

"Boleh, boleh sahaja." tersenyum si mabuk. Senyuman yang penuh dengan adegan tersembunyi.

"Bagi I 10 minit, nak rileks kejap." kata Putri Ain Natasha sambil meneguk rakus air Skyjuice itu.