NOVEL: Dimana Arah Aku bab 3

DUNIA Putri Ain Natasha makin hari makin gelap biarpun matahari tanpa segan silu sedang menonjol. Kisah 2 minggu lepas sedang terbayang-bayang di dalam mindanya. Terus menggeletar seluruh badan.

"KAU kenapa ni Put?" tanya Mia Mairisya dengan risau. Mana-mana sahabat pasti risau kalau melihat sahabatnya balik dengan muka comot dan muka tak bermaya. Di kerling jam dinding sebentar. Sudah merangkak pukul 3 petang. 

"Aku benci semua lelaki! Aku benci!!!" suara Putri Ain Natasha yang sedang menjerit bagai gila membuatkan Mia Mairisya terus memeluk sahabatnya. Belakang badannya ditepuk-tepuk bagaikan meniup rasa semangat buat Putri Ain Natasha.

"Kenapa ni? Cuba cerita. Hm?" lembut suara Mia Mairisya bertanya membuatkan Putri Ain Natasha jatuh ke lantai. Bagaimana hancurnya dirinya, begitu juga la hancur hatinya ketika jatuh menghempap lantai. Beratnya dugaan aku!

"Aku bunuh jantan tu Mia! Aku bunuh dia! Aku jumpa dia nanti aku bunuh dia!!!" tersedu-sedu Putri Ain Natasha menangis. Ya sekarang ini la balasannya kerana dulu dia berkata bahawa perempuan yang tanpa mahkota adalah perempuan yang jijik, bodoh, akal pendek. Maka gelaran itu dia yang pikul. Dia yang akan merasainya! Bagaimana dulu dia menghina orang yang tiada dara, kini itu la dia.

"Hei! Mana Putri Ain Natasha binti Khuzairie aku? Mana Put? Kau ada aku Put, sekarang cerita kenapa ni?" lembut sahaja cara Mia Mairisya memujuk Putri Ain Natasha. 

"Aku dah kotor Mia...Aku dah kotor. Jangan sentuh aku! Kau terlalu suci untuk aku Mia terlalu suci untuk orang sejijik aku." Mia Mairisya yang tadi cuba untuk menahan air matanya kerana melihat sahabatnya menangis bagai gila akhirnya tumpah. Kalah...kalah akan rintihan kuat Putri Ain Natasha.

"Tak kau tak kotor Put kau tak kotor." Biarpun Mia Mairisya masih menangis itu tidak menghalang dia memujuk sahabatnya. 

"Siapa buat kau macam ni?  Kasitahu aku!" terus mind Putri Ain Natasha proses kejadian  pagi tadi.

"YOU nak I papah sampai mana ini? Berat la you ni." rungut Putri Ain Natasha. Mana tidaknya, badan dia dengan aku jauh bezanya! 

"Papah I sampai kereta, lepas tu you drive ke rumah I boleh? Jangan risau, nanti I suruh driver I hantar you balik." Senang sahaja keputusan yang dibuat oleh si mabuk itu.

"Oh yeah! What's your name?" Tanya Putri Ain Natasha sambil menutup pintu kereta si mabuk itu. 

"Raiqal. Tengku Raiqal bin Tan Sri Haiqal. You?" kata Tengku Raiqal.

"Putri Ain Natasha. Call me Put." Mata Putri Ain Natasha masih terarah ke jalan yang sudah gelap gelita.

"Oh yeah, rumah you dekat mana?" mata masih lagi tearah ke jalan raya.

"Balik Pulau." 

"Ok." Gila jauh! Itulah ayat pertama yang singgah didalam benak Putri Ain Natasha. Dulu dia pernah juga tinggal disitu, tetapi entah mana silap mamanya. Tup tup mereka diberi 2 minggu sebelum dihalau, sejak itu Putri Ain Natasha mula hidup susah, bukan susah mana. Masih mampu lagi rumah 2 tingkat biarpun biasa-biasa sahaja. Putri Ain Natasha pernah berjanji jikalau dia tahu siapa punya angkara sebab mamanya ditipu, pasti oang itu dia tumbuk. Itulah janji Putri Ain Natasha dulu.

"DAH sampai Balik Pulau. Which area?" Putri Ain Natasha bertanya.

"Hmm? Pondok Upeh." Wah ini dah melampau, rasa sebak mula menyapa didalam hati Putri Ain Natasha. Dia rindu akan rumah itu, rumah yang banyak menyimpan memori indahnya bersama keluarga tersayang.

"Pondok Upeh yang mana? Ingat ada satu sahaja?" 

"Lorong Pondok Upeh 1, ala yang rumah 3 tingkat itu. Nombor rumah 12A." Ok terus Putri Ain Natasha menjeling orang disebelahnya. Oh jadi inilah orang yang merampas memori indahnya? Tunggu kau Raiqal! Hatinya sudah menjerit rasa benci. Mahu sahaja dia langgar mana-mana pokok lepastu dia buka pintu dan keluar bergolek. Haish! Sudah jadi drama pula.

"Dah sampai." selamba sahaja Putri Ain Natasha bersuara sedangkan dalam hati sudah dia merancang sesuatu.

"Kunci ada dekat dashboard, boleh tolong buka pintu?" tanya Tengku Raiqal ramah. Ewah jadilah kau peramah mana, Putri Ain Natasha tetap rasa benci.

Selesai membuka pintu rumah yang pernah menjadi tempat memorinya dari Darjah 6 sehingga dia merangkak ke umur 20 tahun.

Putri Ain Natasha tergamam apabila merasa ada tangan yang sedang memeluknya dari belakang. Terus dia menyiku perut Tengku Raiqal! Mampus kau aku kerjakan nanti! Hati Putri Ain Natasha sudah menjerti sakan.

Sedang Tengku Raiqal menahan rasa sakit, Putri Ain Natasha mengambil kesempatan untuk menumbuk muka manusia yang telah merobohkan memori indahnya. 

"Ini sebab kau dah rampas memori aku!" penumbuk sulung sudah diberi kepada Tengku Raiqal.

"Ini sebab kau peluk aku! Apa kau ingat aku betina macam dekat luar ke hah!?" terus penumbuk kedua singgah di pipi jejaka idaman malaya kononnya.

Tetapi tumbuk la sekuat mana, kurdat perempuan tak mampu melawan kudrat seorang lelaki. Terus Tengku Raiqal mencempung badan Putri Ain Natasha ke rumah. Tangga yang dinaik satu persatu membuatkan Putri Ain Natasha rindu akan memori yang tercipa disitu, tetapi cepat sahaja dia menepis kenangan itu. 

"Diam Putri! Kalau tidak tahu la apa I nak buat." ugutan yang pasti membuatkan semua manusia kecut tambahan dengan muka yang garang dipamerkan oleh Tengku Raiqal, tetapi bukan Putri Ain Natasha!

"Turunkan!!" bergema suara Putri Ain Natasha dirumah itu tetapi malang, suasana rumah itu sunyi. Pasti tiada siapa di dalam rumah. Ya Allah tolong aku! Baru sekarang kau ingat Tuhan Putri? Hatinya berbisik pedih.

Tidak sampai 5 minit badan Putri Ain Natasha sudah berada di atas katil Tengku Raiqal. 

"Layan I, I kasi you RM5000 satu jam." Terus Putri Ain Natasha meludah muka Tengku Raiqal.

"Aku bukan macam betina lain la sial!" Dengan pantas Putri Ain Natasha berlari ke arah balkoni bilik itu. Dulu kakaknya adalah penghuni bilik ini, pasti sahaja dia tahu akan kedudukan rumah ini. 

Pintu balkoni dibuka dengan pantas. Baru satu kaki hendak memanjat tiang yang terhias cantik itu terus rambutnya ditarik dan dihantukkan ke dinding. Peritnya Tuhan sahaja yang tahu.

"Lepaslah sial..." Biarpun tiada tenaga yang tinggal, mulut itu tetap lancang berbicara membuatkan Tengku Raiqal dengan rakusnya mengoyakkan baju yang dipakai oleh Putri Ain Natasha.

Dengan tidak rela, berlaku kejadian yang selama ini Putri Ain Natasha cuba elakkan dari mana-mana lelaki yang bukan bergelar sah untuk dirinya.