Cerpen : siapa aku?

Termenung dan terus termenung. Itu la aku sejak dulu hingga sekarang. Menangis sepanjang malam, jikalau boleh setiap malam hendak aku menangis dan terus menangis. Tidak pernahkah diri aku terasa bahagia walau sedikit? Beban yang dia tanggung terlalu banyak, sangat.....

Kedengaran suara ibubapa aku sedang asyik bergaduh. Sekali lagi, cerita wayang sudah bermula. Bermula la adegan tengking menengking. Bila aku boleh menyuarakan rasa hati yang penuh dengan rasa sakit hati? Aku memandang ke arah langit. Kosong, sama seperti diri aku yang penuh dengan kisah misteri. Kisah yang aku sendiri tidak dapat bongkarkan. Aku keliru, keliru dalam dunia aku sendiri. Siapa aku? 

----------------

Pagi-pagi aku seperti biasa. Tiada yang indahnya, tiada yang lain. Hanya muram yang akan menghiasi wajah aku. Terdengar mama mengeluh dengan kuat. Tidak habis lagikah adegan mereka? Aku yang mendengar keluhan itu menjadi beban. Beban yang aku sendiri tidak dapat menampung. Beban yang cukup berat untuk aku yang masih berumur 16 tahun. Dimana impian aku untuk menjadi seperti remaja yang lain? Terasa disayangi....

"Dah habis makan? Cepat la sikit! Mama dah lambat ni! Haiyo nak ikut Fiya punya time tak boleh la. Dah tinggalkan sahaja makanan itu!" aku mengeluh. Bukan penat mendengar bebelan itu. Cuma penat dengan beban yang aku seorang tanggung. Apa guna ada kakak? Kakak aku di kampusnya, adik? Adik aku pun perangainya lebih kurang seperti mama dan ayah. Penat aku dengan dunia aku, dunia yang seperti aku katakan. Dunia yang kosong.......

--------------

"Morning Safiya! Kau ada masalah lagi eh?" tanya sahabatnya....sahabat? Dia tersenyum sendiri. Lucu rasanya bila manusia itu digelar sahabat. 

"Tak aku ok." cukup sahaja itu yang akan aku katakan kepada mereka. Aku tidak mahu mereka rasa beban akan beban yang aku tanggung. Biarlah mereka bahagia. Kalau iya pun aku bercerita. Tidak sampai 5 minit, pasti sahabat aku itu akan menukar siaran. Aku jadi malas. Dunia aku kosong. Ayat yang pasti aku ulangi, terus, sampai bila-bila. 

Aku ingin belajar bersungguh-sungguh, aku ingin jadi pandai, lepas sekolah aku akan ke kampus selepas itu ke uni dan aku akan keluar dari rumah itu, rumah yang penuh dengan duka, luka, pedih dan perit yang aku seorang harungi. 

Bila datang satu waktu, aku tertanya dan aku menari-narikan bebola mata aku ke arah semua pelajar kelas aku. Bahagianya mereka, tiada masalah ka yang akan menimpa mereka? Kenapa aku? Terasa tidak sanggup aku hidup begini. 

Teringat akan kata-kata manusia sekeliling yang selalu berkata. "Allah takkan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuannya." Aku sedar, hanya sekejap. Hanya 5 minit aku tersedar bahawa aku diuji. Tetapi bodohnya aku kerana aku langsung tidak terfikir untuk bersujud. Ya Allah, berdosannya aku. Aku diam, dan terus diam. Aku mengerling jam yang berada di dinding bilik aku. Sudah masuk waktu zohor. Aku menunaikan apa yang wajib. 

Aku sujud, aku meminta ampun kepada-Nya. Aku sedih aku luahkan hanya kepada-Nya. Tiada sesiapa lagi yang aku boleh berkongsi akan kisah sedih aku. Tiada.....kerana aku sunyi, hanya Allah yang berada dekat dengan aku. Hanya Allah.

------------------

Mama dan ayah....sudah pulih. Tetapi bahagiakah aku? Entah aku sendiri tidak dapat tasfirkan tentang kehidupan ini. Penuh misteri, aku tergelak kecil. Pelik. Diri aku, tetapi aku sendiri tahu apa yang terjadi. Sungguh misteri.

Kedengaran pintu bilik aku diketuk, aku cuma melaungkah suara seperti biasa. "Masuk." lemah sahaja suara aku berkata. 

"Kenapa masuk?" aku bertanya kepada adik aku. Dia hanya diam, tidak sampai 3 saat dia menjawab 

"Sahaja." ayat yang akan mengundangkan rasa amarah aku, penat aku dengan karenah semua orang. Bila kakak atau adiknya menunjuk perasaan kepada ayah atau mama. Pasti ayah dan mama hanya mengalah, kenapa bukan aku? Malah aku ditengking. Dunia sungguh tidak adil. Sangat-sangat tidak adil....

Aku juga ingin rasa disayangi seperti yang lain. Aku membaringkan badan yang lemah ini ke atas katil. Aku lelapkan mata aku, berharap esok insyaAllah adalah hari yang bahagia, aku ketawa. Perlahan. 

----------------

Tiada yang berbeza, hari aku seperti biasa. Aku bangun untuk siap ke sekolah seperti biasa.

Selesai mandi aku memakai baju sekolah dengan azam baru. Aku tidak mahu lagi hidup dengan penuh misteri, aku perlu bongkarkan misteri hidup aku, sendiri. Aku tersenyum di depan cermin solek. Aku tertanya, sehingga bila senyuman ini akan terhiasa megahnya di wajah aku yang penuh dengan tanda soal? Aku diam, tiada jawapan. Hati dan akal aku juga begitu, bagaikan malas untuk memberi jawapan.

Aku berdoa, agar hidup aku berubah. Berubah menjadi lebih baik. 

Sampai sahaja di sekolah, pelajar di dalam kelas pasti riuh-rendah, biarpun awal pagi begini. Semangatnya mereka. Aku menegur sahabat aku.....Fatihah. 

"Morning Fat." selamba sahaja ayat yang aku tuturkan. 

"Pagi." kedengaran dingin suara itu membalas ayat aku. Jikalau boleh, dia bagaikan hendak bisu bila bercakap dengan aku. Tiada mengapa, aku sudah biasa dengan keadaan begini. Biarkan. 

Waktu belajar berlalu dengan biasa, aku pun begitu. Seperti biasa. Aku banyak berdiam berbanding pelajar-pelajar yang lain. Aku bukan tidak mahu senyum atau ketawa, cuma aku tidak rasa aku layak. Aku rasa bagaikan aku hipokrit. Kerana jika aku ketawa atau tersenyum tanpa kerelaan aku sendiri, lelah sahaja yang aku akan peroleh. 

Aku mengeluh. Cikgu sedang mesyuarat, jadi aku ambil kesempatan ini untuk meronda satu sekolah, tiada arah tuju. Aku berjalan tanpa ada destinasi, sama seperti hidup aku. Aku melangkah dan terus melangkah, tiba tiba sahaja kaki aku tidak mahu melangkah, aku duduk diam disitu, aku duduk dan merenung dinding di depan aku. Kosong.....

"Hidup takkan lari dari masalah." satu baris ayat yang terkeluar atau sengaja dikeluarkan dari....bukan aku. Tetapi siapa? Aku memaling kan kepala aku dan memandang orang yang sedang duduk bersila ditepi aku. 

"Kalau masalah muncul selalu pun tak boleh juga. Senang kata, masalah akan terus menghantui hidup kita. Percayalah..." lirih sahaja aku bersuara. Aku bukan mahu menagih simpati, aku cuma mahu berkongsi masalah aku. Ringan sahaja mulut aku bersuara kepada lelaki ini. 

Lelaki itu nampak terdiam, terkelu tanpa bicara. Aku malas mahu mengambil tahu tentang lelaki itu. Aku mengeluh untuk kali ke 10000 mungkin? Entah aku sendiri tidak tahu. 

"Jangan la bersedih, buruk sangat!" dia cuba bergurau, tetapi aku tidak tertarik. Aku diam, aku bukan menahan dari tersenyum. Cuma aku rasa benda itu tidak lawak,  aku diam termenung lagi. Sampai bila Safiya?

"Kau tahu Safiya, hidup kita ini penuh dengan dugaan. Allah menguji kita dengan kemampuan kita. Allah takkan menguji kita jikalau kita tidak mampu menanggungnya. Sujud pada-Nya, minta doa kepada-Nya. Tenangkan hati dengan berzikir. Senyum dan terus senyum." 

Aku tersenyum sinis, bukan kerana ceramah bahagian dia suruh aku berdoa atau sujud kepada-Nya. Kerana aku selalu melakukan itu, itu adalah benda yang wajib. Aku tersenyum sinis kerana dia menyuruh aku tersenyum. 

"Senyum? Untuk apa jika aku tidak maksudkannya? Aku malas, malas dan penat sangat untuk berlakon! Penat berlakon jadi kuat, aku penat berlakon. Bila aku jadi diri sendiri, aku jadi diri aku yang sebenar semua hendak jauhkan diri daripada aku. Semua bagaikan tiada langsung waktu untuk aku! Aku malas...malas teramat malas. Leave me alone, aku nak mengambil ketenagan. Aku nak ketenangan, jangan ganggu aku. Kalau kau nak sangat duduk disini, duduklah. Tetapi jangan keluarkan suara walaupun sedikit. Aku rimas." 

Dan sepanjang itu la aku termenung, aku tidak masuk ke kelas. Pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku ponteng kelas. Tidak terjangkal dek akal aku. 

-----------------

Aku termenung dan terus termenung, balkoni bilik aku menjadi pilihan untuk aku mengambil angin. Aku menutup mata, ingin aku biarkan angin membawa rasa beban aku sekali jikalau boleh. Aku selalu bertanya, siapa aku? Aku juga selalu bertanya, kenapa aku jadi begini? Akal dan hati aku masih diam, tidak mahu menjawab atau memberi candangan. Aku merenung langit, langit yang seperti dulu, langit yang hitam, gelap. Cuma ada lampu jalan. Hidup aku tiada arah tuju. Sehingga? Aku diam, termenung menjadi tabiat aku. 

Aku membiarkan diri aku begini. Aku yang memilih jalan ini, tiada apa lagi aku perlu soalkan lagi. Aku membiarkan takdir yang menentukan jalan hidup aku tanpa aku perlu berbuat apa apa. Aku hanyut dengan dunia aku sendiri, dunia yang kosong. 

- THE END -

cerita ini tak ada benda apa pun, saja tulis. bosan hehehe