Cerpen : kisah aku yang penuh misteri

"OH kau pakai baju merah seluar hitam eh? oh kejap kejap aku cari. pakai cap eh? OK dah jumpa! OH MY GOD!" terus talian telefon dimatikan. Sekarang, waktu untuk surprise kepada kakak angkatnya yang dulu hanya berhubung di laman sosial. Jadi, dia tidak pernah bersemuka. Selama 10 tahun. Percaya atau tidak? Terpulang!

Dua tapak tangan Issabella mendarat di sepasang mata 'kakaknya' tapi sayang.....

"WHO ARE YOU!?" jerit lelaki itu. Aduh malunya. Mana nak sorok mukanya. Malu malu. Bella hanya senyum dan terus cabut lari. Telefon bimbitnya berbunyi 

"Woi, kau tutup mata siapa tadi hah!?" tanya Shamryna. 

"Aku ingatkan kau tadi. Malu gila." kata Bella.

"Itu la, lain kali surprise tu biar mengena. Tunggu aku dekat ground floor. Kejap aku datang, dekat starbuck!" terus talian dimatikan. Sementara menunggu kehadiran Shamryna, sempat lagi Bella merenung kejadian tadi. 

"Mana Shamryna ni. Aduhai." keluh Bella.

Setelah 5 minit berlalu, kelibat Shamryna masih belum dilihat. Sudah dekat 10 kali Bella mengeluh. Air Caramel Macchiato dia pun sudah mula membeku. Ceh tipu la kalau beku tu. 

Bahunya ditepuk dari belakang. Senyuman sudah dihiasi di bibir. Pertama kali bertemu dengan kakaknya. Tetapi sayang sekali. Senyumannya terus meleset.....

"Mana maaf you?" suara yang serak serak basah. Cukup seksi untuk menawan hati sesiapa. Tetapi bukan Issabella

"I sorry sangat pasal tadi" dengan selamba dia bersuara. Kisah? Cukup bagus dia dapat tengok aku senyum tadi, hello senyuman aku mahal ok!

"Itu je?" kedengaran keluhan dari mulut Issabella. Ketika mata Issabella mencari kelibat Shamryna. Sempat si lelaki ini tenung Issabella. Comel, sedap mata memandang. Tidak la special. Cuma sedap mata memandang, bulu mata yang cantik dan lentik tetapi matanya terhias dengan spek mata, bibir yang kecil dan tidak merah seperti dalam novel. rambut yang disanggul indah di kepalanya. Cukup tertarik

Pakaian yang cukup simple, seluar jeans berwarna hitam dan baju lengan panjang yang berwarna biru tua. 

"Sorry?" Issabella berkata dengan kening terangkat. Bukan dia meminta maaf tetapi kurang mendengar apa yang  lelaki itu katakan tadi. "Ok macam ini la senang Encik......."

"Tengku Rayyan Bin Tan Sri Irham" panjang jawapan dari Rayyan. 

Dengan selamba Issabella berkata "Perlu ke Tengku Rayyan beritahu saya pangkat Tengku Rayyan?" perkataan Tengku sengaja ditekankan. 

Dengan selamba juga Rayyan mengambil tempat duduk di tepi Issabella. Kedengaran Issabella melepaskan nafas yang panjang. 


"Perlu. One more thing, nama you?"

"Oh yah, Encik Rayyan. Macam ni la senang, kalau you nak sangat rasa maaf itu, just give me a call. Lunch, dinner or whatever. Up to you." terus dia mencatat nombor telefonnya di atas kertas. 

"Issabella Qistina." Issabella mencari kelibat kakak angkatnya. Akhirnya! Setelah 10 minit dia bertemu juga dengan kakaknya. Bagaimana dia tahu? Tadi ada Shamryna menghantar gambar baju seluar dan mukanya di BBM.

"Hello hello hello! Omg! Jumpa juga kau real life!" kata Shamryna terus memeluk Issabella. 

"Omg me too! Makin sepet mata kau eh?" terus ketawa terburai dari mulut kecil Issabella. 

Terus Issabella membawa Shamryna berjalan keliling Queensbay ini. Rayyan? Sudah berkepul-kepul sumpahan dia beri kepada perempuan bernama Issabella Qistina itu. Tanpa dia sedari, senyuman nakal terbit dimulut merahnya. 

----------------------------------------


"Kak! Macam mana aim investigation kau tu?" tanya Issabella kepada Shamryna. Maksud aim investigation ini ialah si Aimran. Lelaki yang Shamryna gila-gilakan dari tingkatan 3 lagi. sampai la sekarang Sudah berumur 25 tahun pun masih tidak berubah. 

"Well, macam biasa la dia. Makin kacak" rasa menyesal terbit di hati Issabella kerana bertanya begitu kepada Shamryna. Issabella membuat muka cemberut tanpa protes. Ditanya betul betul, main main pula Shamryna ini. 

Tidak sampai 30 saat terus ketawa menghiasi dua bibir perempuan ini. Sempat juga Issabella merenung cara Shamryna. Simple macam dia, jeans hitam, baju merah lengan panjang ada sedikit corak bunga di hunjung baju dan topi yang terhiasa cantik di atas kepalanya. Sementara itu, rambut yang panjang itu dibiarkan lepas. 

"Aim itu biasa la, hunjung bulan 5 ini nak bertunang. Jemput-jemput la datang ya" tanpa segan silu Shamryna menjemput dia datang ke maljis pertunangannya. Terus Issabella menjerit tanda keriangan.

"Kak!!!!!!!!!!!! Kau nak betunang? Air please!!!" terus dia tersenyum. Kalau boleh sampai ke telinga dia nak tersenyum, bukan senyum dah tu. Cop tersengih la ok juga. 

"Iya la. Tak payah nak jerit jerit bagai hahaha." Shamryna turut tersenyum. Melihat si Bella ini tersenyum membuat dia terikut-ikut tersenyum sekali. Sampai mata kalau boleh hendak tertutup dia tersenyum. 

Sepanjang hari mereka banyak bercerita tentang kehidupan Shamryna. Tetapi bila datang kepada kehidupan Bella, jawapannya senang "tiada benda yang penting kak." sayu kedengaran suara itu bersuara. Shamryna tahu apa yang berlaku. Cuma entah kenapa, mata itu pandai menipu dan begitu arif juga mulut kecil itu menipu. 

--------------------

Kaki pendek itu menjejak ke rumah sewa yang dikongsi dengan Shamryna sejak 3 bulan yang lalu. Maljis pertunangan Shamryna sudah berlangsung pagi tadi sehingga la malam. Bella mengerling ke arah jam dinding yang tersemat indah menghiasa ruang tamu teres dua tingkat itu. Cukup untuk dua orang anak dara tinggal. 

Issabella melompat ke arah katil yang cukup empuk untuk dirinya. Dia berbaring memandang ke arah dinding yang dihiasi kipas. Kepala Issabella juga berpusing seperti kipas itu. Lelaki itu lagi, keluh Issabella. 

---------------

"Jemput masuk makcik, pakcik" Issabella menjadi 'orang gaji' kepada Shamryna harini. Shamryna tidak membenarkan tetapi hendak berkata apa jika Issabella mengeras untuk membuat kerja itu dengan sukarela. Mulutnya terkunci apabila ternampak susuk tubuh lelaki yang cukup tinggi ini. Dia hanya berada di paras bahu lelaki itu. Kerdilnya dia....

Senyumannya mati apabila lelaki itu merenung ke arah dirinya dengan senyuman sinis. Meluat!

"Jemput masuk." cukup keras dan tiada langsung rasa hormat dia kepada Rayyan. Benci! Meluat! Entah dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin sikap Rayyan yang riak, bongkak atau sombong? Sama sahaja! Akhirnya akalnya membuat kesimpulan. 

"Tiada senyuman seperti tetamu yang lain?" Sekarang baru Issabella kesal kerana menyumbang dirinya untuk menyambut tetamu kepada rumah yang cukup indah ini. 

Terus senyuman yang nampak sungguh tidak ikhlasnya diberi kepada Rayyan. "Puas?" tanya Issabella geram. 

Rayyan memegang lengan Issabella kejap dan terus dibawa ke tepi sebentar. Sementara itu tugas yang sepatutnya Issabella pikul di gantikan kepada Mak Yam sebentar. 

"Apa kau nak!?" berubah terus cara Issabella bercakap dengan lelaki ini. 

"Kau" kata Rayyan dengan senyuman sinis. 

"Hah?!" terlopong mulut Issabella. 

Dengan berlagaknya Rayyan mendekatkan mulutnya kepada telinga Issabella dan berbisik "aku nak kau sayang, take care. Kerja elok-elok" kata-kata yang membuat Issabella sekarang tidak duduk senang. Bukan apa, cuma pertama kali hatinya dijentik rasa.....entah dia sendiri tidak dapat tahu apa rasanya. 

--------------------------------

Seperti hari-hari yang lain, dia bersiap untuk ke kampus. Dekat sahaja dengan rumah sewanya. Jiran sebelah adalah rumah sahabatnya dengan yang lain. Tepat pukul 8 pagi Issabella sudah terpacak di depan rumah sahabatnya, Raihana. Issabella memberi salam ke lapan baru la disahutnya. Sudah berkepul dosa si Raihana ini kerana tidak menjawab salamnya. 

Sengihan diberi kepada Raihana. "Morning! How is your day? Dah breakfast? Kalau dah teman aku kat kampus ok?" hanya anggukkan yang diberi kepada soalan Issabella. 

"Angguk je? Ini yang nak protes ini!" gurauan Issabella disambut dengan ketawa yang tidak pernah didengar. Siapa? Sebaik sahaja dia toleh kebelakang ternampak kelibat lelaki yang sangat dibencinya. Benci eh?

"Morning Qis!" Tidak pernah pun sesiapa yang memanggilnya Qis, dari kecil hingga la sekarang. Ramai hanya memanggilnya dengan nama Bella. Katanya cantik nama itu, tetapi baginya hanya biasa biasa sahaja.

"Morning." kata Qis terus memboloskan dirinya ke dalam kereta. Menunggu Raihana mengunci rumah sewanya. 5 minit berlalu dan Raihana sudah pun memboloskan dirinya ke dalam kereta milik Issabella yang diberi oleh mamanya sempena hari jadinya tahun lepas.

"Jom breakfast." kata Issabella.

"Wei, si lelaki tadi itu ajak breakfast. Aku mula-mula taknak, lepas tengok dia handsome semacam aku kata ok je la." Kata-kata Raihana yang membuatkan Issabella tidak duduk senang.

"Hah?! Kau ajak dia? Gila apa? Aduh, kau kasitahu kita makan dekat tempat biasa ke?" soal Issabella.


"A'ah. Alaa ye pun kita breakfast dekat kampus. Dia bukan boleh masuk pun." kata Raihana cuba untuk tenangkan Issabella, bukan dia tidak tahu siapa lelaki itu.


"Bernas juga idea kau. Dah sampai ini, jom!" terus mereka berdua berjalan beriringan ke arah kantin di kampus itu.

-------------------

Sekarang sudah pun masuk waktu Prof. Zara. Tetapi dia sedang cuti bersalin, entah siapa yang akan menggantikan kelas Zara itu. Katanya hari ini ada Prof baru.

"Morning class, so I am the one who in charge untuk you all punya kelas. So my name is Prof. Maya and you guys ada classmate baru harini. Masuk!" nyaring suara Prof. Maya menjerit dari dalam untuk menyuruh pelajar baru itu masuk ke dalam.

Issabella langsung tidak memberikan tumpuan ke arah pelajar baru itu, malas bukan penting mana pun. Hanya classmate baru, itu sahaja.

"Perkenalkan diri kamu." Prof. Maya memberi arahan.

"Tengku Rayyan Bin Tan Sri Irham. 24 tahun." kata-kata yang biasa didengar oleh Issabella, cukup kenal. Terus dia mengangkat kepala dan melihat kelibat itu, betul ke itu Rayyan? Ya jawapannya ya.

"Kamu boleh ambil tempat di sebelah Bella." selamba Prof. Maya memberi arahan membuatkan Issabella tidak duduk senang. Apa ini?

Tiga, empat, lima langkah sudah dibuat oleh lelaki itu untuk ke sini. Jantung Issabella sudah tidak menentu. Dan akhirnya Rayyan sudah berada di sebelahnya. Raihana yang semenjak tadi menjadi pemerhati sudah tergelak. Perlahan, ye la takkan mahu Prof. Maya didepan dengar. Kena sembelih nanti.

"Jodoh kita kuatkan?" soal Rayyan yang membuatkan Issabella tidak tentu. Cukup dekat di telinganya. Bukan suka, geli! Mak!!

---------------------------

"Kak!!!! Mana kau?" nyaring suara itu memecah kesunyian di rumah sewanya.

"Assalammualaikum, hah dekat sini. Terjerit-jerit bendannya kau ni? Memekak ah." selamba badak sahaja suara itu bersuara, Shamryna.

"Nightmare....." perlahan sahaja suara Issabella.

"Kenapa? Cerita sini." Shamryna sudah mengalihkan badannya untuk mendengar apa yang tidak kena dengan Issabella hari ini.

Perkara dari maljis pertunangan Shamryna sehingga la tadi dia bercerita kepada Shamryna. Shamryna hanya bersuara bila perlu. Hendak memberi kata-kata semangat? Untuk apa? Bukannya masalah Issabella ini besar mana. Ala, layan sahaja lelaki itu. Ayat yang pasti Shamryna keluarkan untuk perempuan diluar sana. Tetapi bukan kepada Issabella, kenapa? Sebab.....dia sendiri tidak tahu. 10 tahun mengenali perempuan bernama Issabella Qistina Binti Tengku Zul Ilham. 10 tahun juga dia cuba menyelam dunia Issabella. Misteri sungguh.


"Macam ini la Bella, kau diam sudah. Kalau dia lebih-lebih kasitahu aku, aku report dekat si Aimran nanti." kata-kata yang membuatkan kening Issabella bertaut. Kelakar!

"Si Rayyan ini kawan baik dengan Aim. Cuma umur berbeza, Rayyan lebih muda dari Aim 3 tahun." Shamryna memberikan keterangan yang lebih lanjut, iya la otak Issabella baru hendak berproses.

"OH" panjang oh yang diberi oleh Issabella terus membuatkan Shamryna membaling kusyen ke arah muka comel si Issabella.

"Hoi! Kau nak spek mata aku patah ke benda hah?" soal Issabella dengan geram nasib tidak patah, mahu merana dia tidak mahu ke kelas kerana tidak mempunyai spek. Mana nak nampak? Contact lens? Dia tidak berminat. Payah katanya.

-----------------------------------

"Malam lusa kau nak pakai apa wei? Gaun?" soal Raihana.

"Entah la wei. No idea, rasa macam tak layak pun ada juga." kata Issabella dengan rendah dirinya. Raihana sudah memuncungkan mulutnya. Menyampah

"Kau dah sedia cantik, tinggal untuk berdandan sahaja."

"Tapi rasa macam tak ada gaun la! Kau tahu la aku, mana nak layan gaun gaun segala benda ini."

"Jom shopping!" Raihana terus menarik tangan Issabella ke dalam kereta dengan tujuan untuk ke mall. Queensbay mall.

---------------------------

Sampai sahaja di depan kedai gaun itu, dia tidak tahu mahu membuat apa. Diam.

Hanya Raihana yang memberi candangan itu ini, semuanya ditolak. Katanya terlalu sangat, manik sana sini. Dia cuma mahu yang simple, kosong. Seperti dirinya. Itu sahaja.

"Ini last choice. Lepas ini aku tak tahu dah." Gaun itu cantik, berwarna dark blue di bawah dan biru laut di atas, dua ton kaler. Cantik sahaja. Cita rasanya.

"Ok bungkus!" kata Issabella dengan senang hati, sekarang ke arah kedai rambut. Malasnya!

Rambut yang sudah sedia panjang dan lurus kini sudah di over makeupnya dengan membuat gulung-gulung yang kecil hanya di bahagian bawah, rambut depan yang sehingga mata itu di letak di tepi. Nampak remajanya.

"Wow! Cantiknya kau! Omg Bella! Now pergi kedai mata. Buat contact lens." Ini yang parah. Dia mana tahu nak memakai contact lens ini. Terpaksa minta tolong kak Shamryna.

Akibat penat berjalan dari tengahari sehingga la malam, baru dia dapat merehatkan badan. Lagi dua hari, lagi dua hari dan semuanya akan tamat. Terus dia terlelap

-----------------------------------

Dengan malunya dia berjalan ke arah dewan. Gaun yang pendek hingga ke lutut tanpa lengan, tanpa spek mata hanya dihiasi contact lens yang tidak berwarna tetapi ada powernya. kasut sandal yang berwarna hitam. cukup selasa mata sesiapa yang memandang, tak lupa juga rambutnya yang di gulung-gulung itu. Tak kekal lama. Hanya sementara. Hari itu di kedai, dia hanya test. Kalau cantik, dia akan buat pada hari ini.

Semua mata memandang ke arah Issabella, comel. Ayat yang pasti terkeluar atau melekat di minda masing-masing. Raihana pula cukup menawan. Dengan bulu mata yang lentik, dress yang sama dengan Issabella dan high heels 3 inchi. Cukup menawan. Sengaja membeli dress yang sama dengan Issabella, mereka kan bagaikan kembar.

"Jom duduk." Raihana menarik tangan Issabella untuk ke meja yang memang disediakan. Dia berkongsi meja dengan Raihana, Rayyan dan Ikhwan. Hanya mereka berempat. Rayyan mengambil tempat di sebelah Issabella, hari ini, dapat dia menilik muka yang cukup menawan. Bulu mata yang cantik melentik tanpa perlu memakai maskara. Hanya lip gloss yang terhias di wajah itu.

Issabella yang tidak duduk senang dengan renungan tajam Rayyan daripada tadi terus memandang wajah Rayyan. Tanpa senyuman atau apa pun seperti biasa. Renungan yang dibalas dengan renungan. Dia tidak malu untuk memandang mata Rayyan. Kerana sepanjang masa hanya rasa benci? Ya benci yang menghiasi matanya untuk memandang mata yang cukup menawan daripada Rayyan.

Berkemeja. jeans, rambut yang cukup disenangi oleh Issabella. Gaya yang cukup dia suka. Tetapi disebabkan Rayyan yang membuat gaya rambut itu, tidak jadi dia untuk suka gaya Rayyan hari ini. Benci-benci la kau nanti, esok lusa bernikah. Akalnya memprotes.

Maljis makan malam itu berlalu dengan indahnya. Issabella terus ke arah kolam yang sedia ada. Kosong, dia memandang ke arah langit yang gelap tanpa ada bulan atau bintang yang menghiasi langit waktu ini. Kosong seperti dirinya. Jiwannya seperti mati. Tetapi......jikalau mati, kenapa begitu beria-ria dia membenci Rayyan? Episode dulu kini berputar kembali.......

---------------------------

"Abang tolong jangan tinggalkan Bella. Sampai hati abang buat Bella macam ni. Abang tolong la." rayu Issabella. Mata itu mengalirkan air mata. Tersedu-sedu dia menangis di tepi jalan. Semata-mata merayu kasih sayang Ariz kembali. Sayangnya, itu semua hanya sia-sia.

Dia berpaling ke arah sebelah kanan Ariz. Perempuan itu membuatkan hubungan Issabella dengan Ariz putus di tengah jalan.

"Kau perempuan! Mampus kau aku kerjakan!!!" nyaring suara Issabella memecah kesunyian jalan raya itu. Sedang dia cuba untuk menampar perempuan itu, tangannya dihalang oleh Ariz. Sejurus itu satu penampar hinggap di pipi Issabella.

"Mama dan Papa tak pernah pun tampar Bella!!" sambil dia memegang pipinya yang sudah kemerah-merahan.

"Balik la Bella Aku taknak buat kerja gila. Leave us alone!" Ariz dan perempuan itu terus memboloskan diri ke arh kereta milik Ariz. Semenjak itu Issabella berazam, jiwannya mati. Mati untuk lelaki. Tetapi sehingga? Dia sendiri tiada jawapan untuk dirinya, hanya dibiarkan akalnya membuat macam macam jawapan. Terpulang. Dirinya hanyut..... Lamunannya tersedar apabila ada tangan yang memegang bahunya. Dia berpaling ke belakang. Kedengaran keluhan yang berat di lepaskan, lelaki ini tidak pernah habis dengan adegannya.

"Kenapa menangis?" Issabella bagaikan patung. Tidak sedar bila pula dia menangis, air mata itu di sapu dengan jari jemari Rayyan. "Awak terlalu cantik untuk menghamburkan tangisan." Ayat yang cukup menawan. Ayat yang boleh membuatkan Issabella cair, dalam diam.

"Awak tak rasa apa yang saya lalui."

"Ya memang, memang saya tak rasa. Sebab itu saya cuba hendak menyelam diri awak. Tetapi aku cuba menepis. Jauh aku tinggalkan saya tergapai-gapai seorang diri mencari jalannya sendiri. Awak beri la saya peluang. Will you be mine?"

Issabella tersenyum sinis.

"Saya pernah dicintai, saya juag pernah terluka. Sudah, saya serik dengan semuannya. Bukan saya hendak kata lelaki semua sama...."

Tidak sempat Issabella menghabiskan ayatnya, Rayyan memotong.

"Lelaki semua tak sama. Jadi, saya adalah antara lelaki yang tidak sama itu."

"Saya tak sempat habiskan bicara saya. Ya lelaki memang semua tak sama. Ada yang jahat sikit, ada yang jahat banyak. Nak cari yang baik? Susah, terlalu susah hinggakan saya rasa dunia ini penuh dengan manusia yang kejam. Manusia yang terlalu kerjakan harta. Semua benda dia sisihkan." tanpa sedar, Issabella menceritakan tentang masalah dunianya. Dia tersedar.

"Eh sorry sorry, saya mengarut tadi. Ok la saya minta diri dulu." terus Issabella berdiri tetapi Rayyan menahan.

"Teman saya duduk tengok langit yang kosong. Sama seperti awak. Kosong. Tida senyuman."

Issabella hanya duduk dan terus duduk tidak langsung dia teringin untuk berbicara. Dia bagaikan duduk keseorangan, dia menangis. Menangis tanpa sedar kerana menyelam tentang kehidupannya.

"Hey little girl, stop crying." Rayyan cuba untuk memeluk Issabella, tetapi sia-sia sahaja. Terus penumbung dihayunkan kepada perut Rayyan.

"Menggatal tu bila dah halal."

"Jadi kahwin la dengan saya!"

"Gila!" terus Issabella berlalu dari situ, makin lama disitu, makin tidak tentu arah dia jadinya.

---------------------

"Assalammualaikum Bella, mama ada berita ni." tanpa ribut atau angin, mamanya telefon Issabella. Buang tabiat?

"Waalaikummusalam. Kenapa ma?"

"Mama dah terima pinangan anak Tan Sri Irham. Mama tak kira, keputusan mama muktamad. Hunjung bulan ini kahwin mama dah sediakan semuannya. Jaga diri, Assalammualaikum." talian putus..... tut tut tut......

Issabella meraup wajahnya. Kenapa dengan si Rayyan ini!? Tak sudah lagi hendak mengacau diri aku? Sesudahnya dia pergi ke rumah Irham. Eh kejap, aku mana ada alamat lelaki gila ini. Number telefon? Usah dibilang, lagi la tak ada. Dia buntu, akhirnya mengurungkan diri di dalam bilik.

--------------------

Hari perkahwinan sudah tiba. Indahnya, tetapi bukan ini yang aku mahu. Aku cuma mahu kebahagian diri aku. Aku mahu kasih sayang dari keluargaku seperti dulu. Bukan ini yang aku mahukan, jauh dari impian aku.

Dibiarkan sahaja wajahnya disolek oleh mak andam. Cepat sahaja kerjannya, gaun yang labuh dan cantik terhias di badan kecilnya. Semua itu tidak penting baginya, dia seperti biasa. Hanya diri dia yang beku. Wajah yang langsung tiada serinya. Mungkin?

Teringat kata-kata semangat dari Shamryna 4 hari lepas.

"Walau apa pun terjadi, aku tetap kakak kau dan kau tetap adik aku. Apa apa masalah kita berkongsi, jangan pendam dan diam. Tak bawa kemana pun dik oi. Sayang dia sebagai suami kau, cinta dia sebagai suami kau juga. Jaga diri, aku sayang kau. Kau tetap adik, sahabat, kawan, nenek segalanya untuk aku! He he he." tenang sahaja Shamryna bersuara memberikan sepatah dua kata untuk dirinya.

"Aku terima nikahnya Issabella Qistina Binti Tengku Zul Ilham dengan mas kahwin 101 ringgit tunai!" yang menjadi saksi hanya memberi anggukkan, tandanya sah! Sudah tiba untuk bersalam dan sedekahkan dahinya untuk suaminya. Ya suami. Sekali lafaz....

Lembut, sejuk bibir Rayyan mencium dahi isterinya. Lama, cukup lama sehingga tunangan Shamryna, Aimran bersiul sambil berkata "sambung dalam bilik la woi!" berdekeh-dekeh ketawa mereka.

---------------------

Issabella membiarkan rambutnya terlepas panjang dan membiarkan juga angin malam menerbangkan rambutnya, sesekali dia bermain dengan rambutnya. Kedengaran pintu tandasnya dipulas. Issabella memandang ke arah Rayyan yang hanya bertuala. Dengupan jantung Issabella sudah tidak teratur. Cepat-cepat dia berpaling apabila Rayyan menangkap anak mata Issabella sedang memerhatikannya.

Rayyan memeluk pinggang kecil isterinya. Dan meletakkan dagunya dibahu isterinya terus memberi ciuman di pipi bersih itu, tersengih-sengih lelaki itu. Issabella? Dibiarkan sahaja. Bukan apa, dia rasa seperti dimanjakan. Indahnya perasaan ini. Tetapi wajahnya sudah berubah warna. Ah malunya!!!

"Kenapa Qis tak pernah senyum?" Soal Rayyan. Tiba-tiba.

"Sebab Qis rasa tak berhak senyum. Buat apa senyum jikalau itu hanya palsu? Sia sia sahaja Qis bersenyum ternyata itu hanya lakonan. Apa Qis dapat? Penat la jawapannya. Qis penat, penat sangat. Qis nak mama dan papa yang dulu. Yang sayangi diri Qis yang selalu manjakan Qis, yang ada waktu bila Qis sedih. Tetapi sekarang? Dunia mereka hanya dengan kerja. Qis penat. Penat terlalu penat." menangis dan terus menangis.

Rayyan terkedu, selepas itu dia tersenyum.

"Izinkan abang untuk sayang Qis, cintakan Qis, ada waktu ketika susah senang Qis dan terus menerus layan Qis. Izinkan abang?"

"Qis izinkan."

Rayyan mengendong Issabella ke atas katil. Jika cintanya tidak dapat dibentukkan melalui kata-kata biarkan sahaja dia melakukan melalui perbuatan.

-----------------

"Morning sayangku!" sebuah kucupan dihadiahkan buat Issabella sebaik sahaja dia tersedar dari tidurnya.

Malunya tak usah dibilang. Entah mengapa dia sendiri membiarkan Rayyan membuatkan apa sahaja ke atasnya. Terasa seolah-olah dia dilayan seperti......entah. Yang pasti dia gembira. Terus dia memeluk Rayyan.

"Jangan tinggalkan Qis bang. Janji ya?"

"Janji sayang, abang janji. Biarpun abang tidak tahu mengenai kisah silam Qis, biarkan abang sendiri menyelam diri Qis untuk mengetahui kisah sebenar. Benarkan abang?"


Soalan itu hanya dijawab melalui anggukkan. Bahagia la kau Qistina. Terlalu banyak kisah sedih yang kau lalui. Semoga kau terus disayangi oleh lelaki bernama Tengku Rayyan Bin Tan Sri Irham, selamanya.


-TAMAT-

nanti ada sambungan. KOT la kalau larat hehehe