Everything is not impossible


Assalammualaikum :> Lama kan tak update blog? Yeah well, malas sikit. Haha, so today my tittle is about EGO.

Ego yeah? Kenapa perasaan ego kena wujud? Saya menyesal sebab ego. Saya sedih sebab ego. Saya merana sebab ego dan semuanya sebab ego. Saya selalu berkata di dalam hati 'apa dosa saya sampai begini saya kena lalui?' Akhirnya saya sedar, Allah menguji keimanan saya untuk bersabar. Dan disebabkan takdir yang Allah tentukan juga keimanan saya untuk teruskan hidup dengan segala cabaran makin kuat. Alhamdulillah. 

Saya selalu sedapkan hati dan kata 'Ini adalah dugaan. Dugaan Allah turunkan. Bersabar dengan takdir Zulaikha. Allah takkan menguji seseorang membatasi kemampuannya' Alhamdulillah, saya terima takdir allah dengan hati yang terbuka. Saya bersabar dengan setiap dugaan. Hari hari saya menangisi takdir kehidupan saya. Saya cuma bahagia. Saya tahu suatu hari nanti Allah akan berikan saya kebahagian selepas apa yang saya lalui selama ini. Saya tunggu hari kehabagian saya datang. Saya tunggu dengan penuh kesabaran. InsyaAllah one day.

Bercakap soal ego? Sumpah saya menangisi kerana saya mempunyai ego yang terlalu tinggi. Saya menyesal tinggalkan dia. Saya sedih kerana ego saya sendiri. Saya terlalu sedih kerana ego yang terlalu tinggi. Cuma Allah yang tahu bagaimana rasa kesalnya di dalam hati aku sewaktu aku meninggalkannya suatu ketika dahulu. Akhirnya aku sedar, semuanya takdir. Takdir yang diturunkan oleh Allah untuk menguji kesabaran dan keimanan aku untuk terus berdiri. Allah sedang membuat sebuah cerita yang lebih jauh menarik daripada yang aku sangkakan. 

Ego adalah suatu perasaan yang aku benci sangat. Teramat. Kenapa ianya kena wujud di dalam kamus dewanku? Sebuah percintaan yang aku rasakan penuh dengan kebahagian akhirnya hancur kerana sikap ego ku yang melampaui batas. Kerana ego ku juga aku menghancurkan hati seorang lelaki yang cintakan aku sepenuh hatinya. Kerana ego aku juga akhirnya aku sedar dia yang terbaik setelah aku tinggalkan dia. Sekarang baru aku rasa, bagaimana hancurnya hati dia. Alhamdulillah, aku masih lagi boleh berdiri dengan kaki aku sendiri. Semakin hari aku sedar.....

Perlu ka serious dengan sebuah hubungan yang kita tidak tahu sama ada jodoh ataupun tidak. Perlu ka? Saya takut untuk serious, saya takut sangat. Biar la waktu yang tentukan sama ada saya perlu serious ataupun tidak, biar waktu yang tentukan segalanya. Saya sebagai manusia hanya mampu berdoa selagi mampu.