DREAM part 1

Zee's POV

"Woi! Bangun bangun!" Ah...dah bising dah budak ni.

"Bagi aku tidur kejap tak boleh ke?" aku tarik selimut yang tadi ditarik oleh penyibuk ni, Iris. Adik aku, satu satunya adik aku yang 'annoying'.

"Tak boleh tidur now! Surat yang kau tunggu selama ni dah muncul, cepat la cepat la!" Aku terus bangun dari tempat tidur. "Hah dah sampai? Asal tak bagitahu awal awal? Duh kau ni lembab la." Aku terus berlari ke bawah. Rasa menyesal tinggal dekat tingkat paling atas. Aku rasa macam 'kan best ada kuasa Kai'

Sorry to mention tapi aku peminat EXO. Wah daebak daebak! 

"Hah bangun dah! Bila cakap pasal surat baru nak bangun." Aku pandang, ah ayah. 

"Morning ayah." Aku cium pipi ayah dan terus duduk atas kerusi. Takkan duduk atas meja? Ok ini dia. Saat yang di tunggu tunggu. 

'Ah nervous-nya' Sebelum tu, sini aku terangkan surat apa sebenarnya. Ok, aku ada mention tak tentang cita cita aku? Well, untuk budak yang dah berumur 16 aku rasa macam childish sebab masih hidup dalam angan angan yang tak mungkin terjadi. 

Angan-angan aku senang, nak jadi macam EXO. Lame gila kan? A'ah aku tahu tu. Ok apa kena mengena dengan surat ni? Surat ni adalah surat untuk kemasukkan aku ke sekolah baru. Kawan aku tinggalkan, kenangan aku lupakan sebab apa? Sebab satu angan-angan yang aku berharap akan aku kecapi. 

Sekolah baru aku nama The Dream High School. Gempak tak nama sekolah tu? Aku time first dengar pun rasa macam nak ceroboh masuk. Back to reality, this is it Zee

Sampul aku buka perlahan-lahan, kena la drama sikit dekat sini. Tapi orang kata "kau takkan rasa nervous dia macam mana sampai kau experience sendiri" Now aku tahu macam mana rasanya. Fuh berdebar siot. 

Sekarang aku kena buka mata sahaja, and everything akan tertulis. Aku berdoa, harap aku dapat apa yang aku inginkan. 

"wow." Bukan dari aku tau, tapi dari adik aku. Iris. Aku buka mata, sebelah sahaja lagi sebelah aku pejamkan.

"OH.MY.GOD." Aku tak percaya, terus aku peluk sesiapa sahaja tepi aku waktu tu. "Ayah ayah! Oh my god ayah oh my god!!!!!!!" Aku menjerit sambil terlompat lompat. 

"Orang Alhamdullilah, yang kau ber oh my god kenapa." Peh hashtag deep. Menusuk sampai ke dasar jantung. Tapi aku pekakkan telinga, jauh dasar dalam hati aku bersyukur kepada Allah. Sebab tunaikan impian aku. Impian aku yang satu ini.

Aku rasa macam nak menangis, tapi bukan sebab ayat deep ayah. Tapi sebab akhirnya, impian aku nak masuk ke The Dream High School akhirnya jadi kenyataan. Dengan usaha aku sendiri, sebenarnya aku boleh sahaja masuk sekolah ni tanpa buat audition, sebab keluarga aku keluarga yang terpengaruh. 

Sini aku terangkan sikit apa yang ada dekat sekolah The Dream High School. Tahu kan tentang aku punya obsess dekat Korea macam mana? The Dream High School adalah sekolah untuk orang yang nak berjaya dalam bidang menyanyi, menari dan lain-lain. Aku terpilih sebab dalam bidang menari aku, kalau nak harapkan suara aku? Nyanyi biasa boleh la sedap dia. Cuma kalau hit high note? Eror404. Sekolah ni dia lebihkan dalam bidang macam ni, tapi pelajaran pun sekolah ambil tahu juga. Cuma tak focus 100% sangat dekat bidang pelajaran. 

Aku baca semula surat tadi, hendak tahu bila hari pendaftaran atau dikenali sebagai hari orentasi. Senyuman mekar aku pancarkan di muka. Gila tak bahagia? Aku berjalan keluar untuk menghirup udara segar, senyuman masih dipancarkan sehingga aku terdengar suara badak boleh-tahan-handsome dia.

"Pewit." Hekeleh mamat ni, kerek betul la. Aku terus masuk ke dalam rumah dan hempaskan pintu sekuat-kuatnya kalau boleh sampai pecah pintu rumah ni aku kerjakan.

Aku berjalan naik ke atas, menuju ke bilik. Tombol aku pulaskan dan terbangkan diri ke atas katil yang empuk. Dinding biru cair aku pandang. Hari orentasi esok, rasanya ada mamat handsome macam Minseok tak? 

pernah rasa?

tahu tak sakit dia macam mana? bila ditolak? its hurt...

a lot.

\