NOVEL: Dimana Arah Aku Bab 4

Keputusan yang diterima bagaikan ada batu yang beratnya tidak tertanggung sedang bertapa diatas kepala Putri Ain Natasha, dengan berbekalkan semangat Mia Mairisya, akhirnya dia berdiri semula dengan kedua kakinya sendiri. Tetapi tidak segagah dulu. Tidak segagah dimana dia melihat kedua ibu bapanya bergaduh setiap minggu.

Sudah 2 hari, tetapi ayat-ayat yang dilontarkan oleh Doktor muda itu masih terngiang-ngiang ditelinganya. 

"Congratulations Puan! Anda mengandung! Sudah 3 minggu kandungan usia Puan. Sayangnya suami Puan tidak dapat hadir bersama." Doktor itu tersenyum manis kepada Putri Ain Natasha dan Mia Mairisya. Terasa tangan Putri Ain Natasha digengam kemas oleh Mia Mairisya. Bagaikan mengalirkan kekuatan untuk Putri Ain Natasha menghadapi ujian ini. Putri Ain Natasha hanya tersenyum. Kononnya gembira sangat bila sudah mengandung, sedangkan jauh dalam lubuk hatinya. Ya Allah! Hancur berkecai!

Langkah kaki Putri Ain Natasha perlajukan, sampai sahaja ditepi kereta Putri Ain Natasha sudah terduduk, menangis bagaikan tiada siapa didunia ini sedangkan sudah ramai mata yang memasang untuk melihat adegan itu.

"Putri Ain Natasha yang selama ini aku kenal adalah manusia yang tidak pernah kenal akan erti kekalahan, mana Putri aku yang dulu? Kembalikan Putri aku yang dulu ya Allah." suara Mia Mairisya yang sedang berdoa membuatkan Putri Ain Natasha meraung dengan lebih kuat.

"Sudah-sudah la tu Put, kau ada aku. Kau ada Allah yang selalu bersama dengan kau." bila Mia menyebut nama Allah yang Maha segalanya. Putri Ain Natasha terus terdiam.

'Kenapa selama ini aku lupa? Aku lupa akan Allah yang maha berkuasa. Allah yang mana melihat, dan Allah yang maha mengetahui segala benda yang terjadi biarpun aku cuba berselidung dengan selimut yang tebal di penjuru bilik.' Putri Ain Natasha mengomel sendiri.

"Putri!" suara yang kuat menjerit memanggil nama Putri Ain Natasha membuatkan Putri Ain Natasha tersedar dari mimpi 2 hari lepas.

"Yes Mia?" Putri menyahut panggilan Mia Mairisya.

"Turun makan Put!" dia jerit lagi. Tidak perlu la jerit-jerit. Aku tak pekak lagi. Kala ini suara Putri Ain Natasha pula menyahut.

"Yes coming!" Langkah kaki Putri Ain Natasha dipercepatkan untuk makan hidangan yang dimasak oleh Mia Mairisya. Jarang sekali Mia turun ke dapur, tetapi disebabkan kawan baiknya yang sedang murung Mia Mairisya gagahkan kakinya untuk ke dapur.

"Nampak semangat ya kau sekarang Put." Mia Mairisya mengukirkan senyuman bila melihat Putri Ain Natasha sedang menarik kerusi di hadapannya.

"Aku dah penat berkurung hanya disebabkan berita sekecil ini. Baru aku tahu, ramai lagi manusia yang sedang bersedih. Malah yang lebih teruk dari aku Mia." Lirih suara Putri Ain Natasha bersuara.

Mia Mairisya hanya diam. Memberikan waktu merangkak dengan...cepat?

"Aku ambil keputusan untuk tinggal dekat luar negara." Tersembur nasi yang dimakan oleh Mia Mairisya.

"What!?" Nyaring suara itu menjerit.

"Woah woah! Take it easy. Jangan la jerit-jerit. I am here. Right in front of you babe." Putri Ain Natasha ketawa dan menyambung bicaranya lagi.

"Aku dah agak benda ni akan jadi. Kau menjerit bagai gila la apa la. 1 years babe and I will come back. Don't worry."

"Tapi...sejauh tu Put kau tinggalkan aku?" Sedih Putri Ain Natasha mendengar suara rintihan Mia Mairisya.

"Apa apa skype la." Putri ketawa lagi. Tetapi ketawa Putri kali ini agak perlahan. Sedih barangkali bila harus mengambil keputusan ini dan tinggalkan kawan baiknya, Mia Mairisya.

"Senangnya kau cakap! Tak sayang aku la tu." Muncung Mia Mairisya sudah sedepa. Parah!

"Alaa, 3 bulan sekali aku datang sini jenguk kau. Ok?"

"Duit banyak boleh la."

"Kau pun sama." Putri dan Mia sama-sama ketawa.

"Parents kau tahu?" Kali ini Putri Ain Natasha terdiam. Air matanya bergenang sedikit.

"Aku dah call my parents, my mum kata dia akan bank in duit secukupnya." Putri tersenyum.

"Let it out. I am here." Nasib ketika ini nasi yang dimakan ketika berbincang tadi sudah habis.

"Tak elok menangis depan rezeki." Putri ketawa lagi. Banyak pula ketawa yang Putri Ain Natasha ingin sedekahkan hari ini.

***********

Sedang asyik Putri Ain Natasha mengemas baju-baju apa yang patut dibawanya ke sana nanti tiba-tiba pintu biliknya dibuka luas. Tahulah dia siapa yang datang.

"Apa Mia?" tanpa memandang siapa empunnya yang bakal datang dia terus bersuara.

"Kau ni! Macam tahu-tahu ja even aku tak bagi salam lagi."

"I know you very well Mia. Minyak wangi kau tu hah. Siapa tak kenal? Sampai kembang kempis hidung aku bau minyak wangi kau. Berapa botol?" sindir panas berapi dari Putri Ain Natasha membuatkan muncung Mia Mairisya muncul.

"Ada la dalam 3 botol." Mereka ketawa bersama-sama. Ketawa yang akan disimpan kemas dalam memori Putri Ain Natasha untuk dibawa kesana nanti.

"Aku nak keluar dinner."

"Phewit!" Putri bersiul yang tak menjadi. Ketawa lagi.

"Cuba teka dengan siapa?"

"Dengan Eirlan?" Putri Ain Natasha cuba meneka.

"Betul la tu!"

"Tapi aku pesan ini, balik sebelum 12 tengah malam. Kalau tak sampai rumah 12 malam, aku report polis. Jangan percaya sangat lelaki ini. Kalau Eirlan suruh lepak lama-lama, sebolehnya elakkan la. Ok?" Putri Ain Natasha memberi nasihat. Peristiwa yang terjadi kepada Putri Ain Natasha memberi pengajaran yang hebat. Dia tidak mahu Mia Mairisya turut merasa apa yang dia merasa ketika ini.

"Tak semua lelaki sama." Mia cuba untuk back-up Eirlan.

Putri berhenti dari melipat baju.

"Tapi kalau dah nafsu tu nafsu juga. Nama lelaki kan?" Peristiwa hitam itu terlalu sakit untuk dikenangkan. Terlalu pedih untuk dibawa ke kotak ingatannya kembali.

"Aku pergi dulu Put. Jaga diri, Assalammualaikum." Mia cuba beredar, tetapi Putri menarik Mia kedalam pelukkannya.

"Jaga diri Mia. Jangan balik lewat! Waalaikummusalam." Pelukkan yang erat bagaikan tidak mahu dilepaskan. Sahabat sejati yang dari dulu hingga kini masih bersama. Langkah kaki Mia diperlajukan apabila kedengaran hon didepan rumah. Putri juga turut turun untuk melihat Eirlan dengan Mia berlalu dengan selamat.

"Jaga Mia! Kau berani buat apa-apa. Siap kau!" Putri Ain Natasha menunjuk segempal penumbuknya kepada Eirlan. Eirlan ketawa sopan. Macho kononnya. Menyampah!

"Tahu la aku jaga Mia kau ni."

"Balik before 12. I dont care. Jaga diri. Assalammualaikum!" Putri Ain Natasha menguci pintu rumahnya dan langkah kaki dihayunkan ke arah bilik tidurnya. Tangan Putri diusap-usapkan ke atas perut yang masih kempis.

'Maafkan mama sebab kau turut merasa apa yang mama pernah rasa dulu. Maafkan mama...'

Peristiwa apa yang pernah dirasa oleh Putri Ain Natasha dulu? Biarkan. Biarkan kenangan hitam itu bersemadi jauh di lubuk hatinya.